Friday 5 April 2013

PKR TERUS BERDRAMA ? Selanjutnya baca..


Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.
"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera, Rabu lalu. 
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan(merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. 
"Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya.
Kenyataan Dr Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.comdi www.keadilandaily.com semalam. 
Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.
"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana. 
"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya. 
Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.
Kredit kepada PerakNews.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...