Hari ini,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengumumkan pembubaran parlimen sekaligus menunjukkan yang beliau tidak gentar dengan dakwaan pihak pembangkang yang menyatakan beliau tidak berani membubar parlimen dalam tempoh terdekat ini.Beliau yang juga kelihatan bersemangat semasa memberi ucapan memberi tamparan hebat buat pihak pembangkang yang selama ini memperkatakan beliau membuat pembubaran parlimen adalah kerana desakan orang dalaman yang sama sekali tidak benar.Ini dikuatkan lagi dengan bukti dari Pihak Pembangkang sendiri.
Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali berkata,Najib sememangnya berhasrat untuk membuat pembubaran parlimen awal kerana ada beberapa faktor yang dilihat 'sesuai' untuk pembubaran selain ada kekecohan yang berlaku dalam Parti Pakatan Rakyat iaitu soal pembahagian kerusi yang menyebabkan pembubaran akhirnya dibuat pada hari ini.
Mustafa juga berkata,Najib membubarkan parlimen pada hari ini adalah atas maklumat yang diterima bahawa hubungan Pakatan Rakyat 'retak' ekoran perebutan pembahagian kerusi.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman pembubaran parlimen oleh Najib yang disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU13).
Disebabkan sifat pihak pembangkang yang rakus dan tidak bekerjasama dalam soal pembahagian kerusi selain sering menjadi 'pemfitnah besar' dalam pemikiran rakyat menyebabkan Najib membubar awal parlimen.Jika tiada kata sepakat,bagaimana hendak mentadbir negara sekiranya kaum didalam parti sendiri saling berebut dan tidak muafakat.Jadi,tidak benar sama sekali yang Najib umumkan pembubaran parlimen adalah kerana desakan orang dalaman,tetapi hanya memberi peluang kepada pihak Pembangkang yang sering menimbulkan kekecohan di dalam Parti dan Parlimen itu sendiri.
Sejujurnya,Najib sudahpun bersedia dalam menghadapi Pilihan Raya yang bakal menjelang kerana kerajaan UMNO-BN dilihat mendapat tempat di hati rakyat berbanding kerajaan Pembangkang yang hanya tahu menyebarkan fitnah disamping membuat kecelakaan di dalam negara.Sekarang,kita dapat lihat parti mana yang sudah ketandusan akal dalam menarik rakyat ke jalan hina dan parti mana yang tidak putus-putus membantu rakyat selama lebih 50 tahun pemerintahan mereka.Parti Pembangkang yang dilihat sudah 'goyang' dalam 'mengencing' rakyat kini berdepan dengan malapetaka yang akhirnya memusnahkan diri mereka.
No comments:
Post a Comment