Friday 5 April 2013

KIRI KE KANAN? GOYANG ANWAR ENTAH KEMANA HALA


Pelik juga tiba-tiba Ketua Umum PKR itu jadi goyang nak pindah dari Permatang Pauh untuk bertanding di Perak.
Najib berkata hasrat Anwar untuk berpindah bertanding di Perak menunjukkan beliau tidak lagi berasa selamat di Permatang Pauh.
Itu kata Perdana Menteri pada sebelah tengahari Khamis semasa menjawab soalan di sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat berasingan Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Wartawan meminta beliau mengulas pengumuman  Anwar Rabu bahawa beliau tidak akan mempertahan kerusi Parlimen Permatang Pauh kerana beliau akan bertanding di Perak.
"Saya tidak pernah bermimpi untuk tinggalkan Pekan. Hidup dan mati perjuangan politik saya ialah di Pekan,"katanya.
Najib berkata rakyat patut sedar bahawa jika Anwar boleh meninggalkan penyokongnya di Permatang Pauh, pada masa akan datang, beliau boleh mengetepikan pengundi di kawasan pilihan raya baharunya pula. 
"Ia mengenai kesetiaan mereka yang menyokong anda, ini penting dalam politik. Dari segi prinsipnya yang penting. Bukan semata-mata mengenai kemenangan," katanya. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...