Wednesday 17 April 2013

PANAS PANAS PANAS ! PKR MAKIN LINGKUP !!!!



Ketua Cabang PKR Tapah Jadi Calon Bebas

PKR dilihat semakin parah dan bergolak apabila Ketua Cabang Tapah, Ridzuan Bani mengumumkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tapah sebagai calon bebas.
Beliau berkata, tindakan itu diambil berikutan PKR tidak mengambil kira kemahuan penduduk setempat dengan memilih calon yang tidak disukai dan tidak mempunyai peluang untuk menang. 
"Penduduk setempat kurang senang dengan calon yang dipilih iaitu pemimpin Hindraf, K. Vasantha Kumar. Pemimpin yang dipilih seharusnya mereka yang bersih, adil dan amanah serta tidak terlibat dengan penyelewengan. 
"Saya tidak pernah bertanding tetapi saya sedia untuk bertanding kali ini setelah mendapat permintaan daripada akar umbi malah saya yakin akan dapat mengalahkan calon PKR itu," katanya. 
BACA LAGI DI.. SINI

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...